!

Saturday, May 9, 2009

senarai kesyukuran iez

1.sy brsyukur dgn adeny broadband.

2.sy brsyukur sy dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Sihat walafiat.

3.sy brsyukur sy dilahirkan dalam suasana keluarga yg hidup berkasih sayang.

4.sy brsyukur sy disayangi oleh keluarga dan teman2.

5.sy brsyukur sy tak anti-sosial mahupun batak-sosial.

6.sy brsyukur sy tidak menghidap penyakit kronik.

7.sy brsyukur sense of humour sy atleast boleh digunapakai dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

8.sy brsyukur dan sy boleh kata didikan ibubapa sy bagus.

9.sy brsyukur jerawat hanya selalu timbul di sekitar pipi, bkn di dahi ataupn di badan

10.sy brsyukur bapa xkahwin empat.

11.sy brsyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

12.sy brsyukur ibubapa memberi peluang bagi sy mencuba benda-benda baru dan memberi kepercayaan kepada sy untuk menjaga akhlak.

13.sy brsyukur kerana bf sy aliff amat mnyayangi n menyintai diri sy seadany..

14.sy brsyukur saya tidak pernah pakai pendakap gigi (braces).

15.sy brsyukur umur saya baru 23 tahun.

16.sy brsyukur rambut sy xde masalah.

17.sy brsyukur mak dan bpk sy sentiasa loving and caring dgn ank2.

18.sy brsyukur dalam keadaan kesempitan wang,emak hebat mengolah bahan makanan dan setiap hari still mampu makan sedap-sedap.

19.sy brsyukur dapat duduk di kawasan perumahan yang amai damai, di mana semua jiran saling kenal-mengenali, bertukar-tukar makanan, kunjung-mengunjung dan bergosip.

20.sy brsyukur walaupun sy tak berapa cantik, tapi masih ada angle muka sy yang boleh digunapakai bagi bergambar untuk tontonan umum..hehe..

21.sy brsyukur walaupun selalu kena gigit nyamuk, tapi sy tidak hidapi demam denggi.

22.sy brsyukur masih ada orang di luar sana yang ambil masa seketika untuk menghantar email-email menceriakan hati sy.

23.sy brsyukur saya ada tempat untuk mengadu dan berkongsi suka-duka.

24.sy brsyukur keluarga sy merestui hbungn sy dgn aliff.

25.sy brsyukur ditemukan dengan ahli PWTC, iaitu kumpulan rakan-rakan sy yang havoc.

26.sy brsyukur sy seorang yang pemaaf.

27.sy brsyukur sy masih tinggal di Malaysia dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

28.sy brsyukur dilahirkan dalam keluarga Islam.

29.sy brsyukur mempunyai bapa yang sangat reasonable, rasional dan wise.

30.sy brsyukur kita boleh ke hotel-hotel di Malaysia tanpa risaukan pengeboman.

31.sy brsyukur dengan memori sy yang agak kuat (walaupun pendek) dan mampu skor peperiksaan dengan baik walau hanya belajar satu malam.

32.sy brsyukur emak sy seorang yang gigih dan suka belajar. kami ank beranak beruntung sebab mak sy suke mencube resipi2 makanan yg baru.

33.sy brsyukur tiada cikgu yang pernah baling buku sy ke luar kelas yang mungkin akan membuat sy benci alam persekolahan.

34.sy brsyukur sy seorang perempuan. Boleh pakai make up tanpa dicemuh.

35.sy brsyukur rambut sy lurus.

36.sy brsyukur dengan tubuh badan yang sy miliki.

37.sy brsyukur ramai orang rajin layan kerenah sy.

38. sy brsyukur anda masih membaca.

39. sy brsyukur sy tidak tinggal di tepi loji lagi dah. Eh pernah ke? Takpe bersyukur je.

40. sy brsyukur benda yang sy masak selalunya boleh dimakan.

Sy bersyukur yang sy sebenarnya ada banyak lagi benda untuk bersyukur walaupun dah penat nak tulis. Harap dapat selalu buat Senarai Kesyukuran Iez dan kongsi bersama2..

Andaikata sy diuji dan salah satu dari nikmat di atas ditarik dari sy, sy bersyukur sy masih boleh kata, atleast sy masih ada 40 perkara untuk disyukuri. Kongsi kesyukuran anda kerana kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain. So, apa yang anda syukuri?


0 comments: