3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:
- Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan dsb.)
- Jumlah hantaran yang dipersetujuiSesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.
- Gantirugi yang perlu dibayar sekiranya pasangan memutuskan pertunangan.
Pada mulanya saya fikir, perkara yang ke-3 ini tidak seharusnya disebutkan. Ya lah, benda-benda yang buruk ni..kita tak boleh cakap selalu. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi nya untuk berlaku. Namun selepas melihat senario yang sering berlaku sekarang, nampaknya hal yg ke-3 itu sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan dalam majlis ini (samalah halnya seperti menyatakan lafaz takliq dalam majlis pernikahan).Kita tidak perlu bincangkannya secara panjang lebar, cukuplah pihak lelaki mengemukakan cadangannya. Dan pihak perempuan pula menyatakan persetujuannya. Jika pihak perempuan ingin menambah cadangan, sebutkannya supaya semua saksi yang hadir dapat mendengar perkara itu dengan jelas.
Seelok-eloknya elakkan pertikaman lidah semasa majlis pertunangan. Tujuan kita adalah untuk menghubungkan tali silaturrahim, bukan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Sebab itu, perlunya ada sikap bertolak ansur dan rasa kasih sayang sesama sendiri. Perbincangan yang boleh diringkaskan, kita ringkaskan. Satu pihak menyatakan, dan satu pihak mempersetujuinya. Itu sahaja.
Ha-ha..cakap memang senang. Kadang-kadang, kita & parents dah setuju dah..tapi karang keluar pulak suara-suara dari pak-pak sedara yang membangkang penyataan pihak pencadang. Tak salah, tapi sampaikanlah perkara yg tidak dipersetujui dengan cara yg beretika. Kekalkan kesopanan dan tata-susila orang Melayu. Cakap biar berhalus. Orang Melayu ni hatinya sentitip (kata mak sedara saya).
Ok itu sahaja untuk hari ini. Moga post ini dapat membantu anda yang sedang sibuk membuat persiapan pertunangan.
0 comments:
Post a Comment