!

Saturday, January 23, 2010

caraku berjalan..dan kamu???

Post kali ni bukan pasal diri aku, dan bukan jugak pasal kucing yang bersepah dekat luar rumah atau pun pasal rambut aku yg agak "serabai" hari nieh... Tapi nie pasal muslimah sejati diluar sana (termasuk diri aku.hehe)... Memandangkan aku agak bz sket dalam minggu nieh (btol dowh..) Aku malas nk pikir pew yang aku nak tulis nanti... So aku amek pendekatan yang lebih bagus dengan menge'post'kan emel2 yg penah aku terima sblum nieh...


Nota Amaran: Post dibawah tidak diubah sama skali oleh aku okey! pew yg aku bace tue lawh yg aku post kt cni... Selamat mengeja!!!! Yeeehaaaaa~!

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiananya.Sifat itu adalah seperti berikut:

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki. (Aku ade member yang jalan cenggini, nth nape.. Cam unta pun ada gak...)

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan. (Nieh time masa aku tengok kiri kanan kalu nk lintas jalan)
Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya. (Aku jalan cam gini bila ramai sgt kaum Adam disekeliling. Kontrol ayu la gitu.muahahahah)

Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas. (Nieh plak bila takut ternampak makhluk2 yg tak diingini, lebih selamat tgok depan terus dri tgok kiri kanan...hehehe...hakikatnye aku kdng2 agak penakut.)

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri. (Nieh mushti ngh training boria anak tanjung nieh..Ke kiri ke kanan ke depan ke blakang...)

Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya. (Sedang berusaha utk jalan cenggini, cam model catwalk gitu, grrrrrrr....meoooowww)

Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata. (adoyaii!! jalan cam zirafah pun ley msuk kategori jalan gak kewk... Tak penah tengok pown org jln cam nieh)

So, korang rase sekarang korang jalan camne... Macam Zirafah? Unta? Gajah mungkin...hehehe... Aku terpikir gak camne lak lelaki jalan eyy...???wink wink**

0 comments: