!

Sunday, December 27, 2009

Aku pown minat perempuan chantek..

Selalunya seorang perempuan, mesti tertanya-tanya akan taste seorang perempuan yang lain terhadap kaum perempuan..Sila pahamkan ayat ini sebelum anda proceed.. Maka dengan ini, saya akan reveal taste saya, terhadap kaum perempuan... Sebab kalau terhadap kaum lelaki boring ah David Beckham David Beckham David Beckham... Sigh T-T

Sejujurnya, tiada benda spesifik yang saya guna untuk mengukur kejelitaan seorang perempuan (kecuali muka lah, ini kunci kejayaan ke ape tah)... Sebab ada perempuan mata besar yang saya rasa lawa, selalu perempuan mata sepet saya rasa seksi, huhuhu...terdapat perempuan gempal yang nampak ceria, banyak perempuan bertubuh langsing hebat mengenakan pelbagai pakaian, perempuan kulit sawo matang memang kelihatan mengasyikkan, si kulit putih gebu sentiasa diminati tapi bukan yang putih seakan kertas A4 tulah, dan sebagainya...

Tapi saya boleh listkan benda spesifik yang di mata saya, boleh mengurangkan (mengurangkan saja, bukan melenyapkan) kejelitaan seorang perempuan itu...
1. Sengau.
2. Tahi lalat di tempat-tempat tertentu.
3. Hisap rokok.
4. Malas.
5. Perasan.
6. Bosan tahap guru mata pelajaran Geografi.
7. Suka curi lawak orang.


Mungkin sebab emak selalu sangat pesan kat saya yang sebaik-baik seorang perempuan, jangan expect orang pandang dia baik kalau dia hisap rokok...Ini fakta ke apa dowh... Sebab taste saya tak berapa spesifik, saya akan tunjukkan perempuan yang saya rasa lawa sangat dekat mata...


Kenapakah ada makhluk secantik ini?! Kate Bosworth ini adalah contoh terbaik perempuan lawa semulajadi yang bangun tidur lepas mandi sidai kain angkat berat bertani sawah masak nasi pun masih cantik lagi... Saya takkan jemu akan perempuan ini.


Tapi belum ada yang dapat tandingi perempuan kesukaan saya... Tahukah anda, di Malaysia terdapat perempuan secantik ini?!

Awesome photo

Pergh ini perempuan... Sempurna semua segi ke apa ni weyh???! Rozita Che Wan adalah perempuan yang tak perlu berpakaian seksi kerana muka dan badan dah sememangnya seksi maka tak perlu buktikan lebih lanjut... Emak juga selalu cakap, orang kalau muka buruk pasti suka pakai seksi untuk tunjuk tempat-tempat lain yang dianggap lebih elok dari wajah... Maka marilah kita tidak memakai seksi kerana perasankan muka kita cantik... Marilah kita ewah *dikir barat kejap*...

Tapi kata-kata ini hanya applicable kepada perempuan melayulah.. Sebab perempuan kafir kalau muka cantik badan seksi, mesti nak tunjuk semua jugak contohnya Monica Belluci PERGH.. JANGAN GOOGLE.. Ingat Allah...!!!

Perempuan-perempuan cantik lain yang layak dinyatakan sebelum beredar: Catherine Zeta-Jones, Aisywarya Rai, Gisele Bundchen, dan Noorhayati Mohd(emak aku daa~~)...^^

0 comments: